Kehidupan

Tunggangan Perkasa : VTS200

Ditulis oleh AzharZul

Salam dunia. Dalam pos ini saya akan cerita pengalaman saya menggunakan skuter SYM VTS200.

Saya baru bawa VTS200 ini sejak tiga minggu lepas untuk pergi dan balik kerja. Jarak dari rumah (Banting) ke ofis (Shah Alam) ada la dalam 55km sehala. Sebelum ini bawa kereta pergi dan balik kerja. Tapi sebab tak tahan dengan jalan jem (terutamanya hari Jumaat) dan kos petrol serta tol, saya fikir-fikir, naik motor pun best juga. Jimat masa dan kos.

850324418_16406_3804072079331657947Best ke VTS200 ni?

Kalau nak bandingkan dengan motor yang pernah saya bawa (Honda EX5 dengan Modenas Ceria), VTS200 ni paling best. Sebabnye:

  1. CC enjin lebih besar (171cc), pickup sikit kalau nak memotong.
  2. Berat dan stabil, takde la goyang sangat kalu bawa laju. Sedap untuk long distance ride.
  3. Ada visor besar, tak lah sakit dada melawan rintangan angin dari depan.
  4. Tempat isi barang bawah seat luas giler. Boleh letak seketul helmet fullface + barang2 lain.

850324031_16206_7503021634124813199Orang kata skuter ni maintenance tinggi

Err.. memang agak tinggi sikit la berbanding motor cub biasa. Sebab dia guna CVT. So kena selalu maintain CVT ni, check belt dan tukar minyak gear. VTS200 ni pula pakai liquid coolant, so kena maintain jugak coolant dia ni. Yang lain-lain tu sama je kot dengan motor lain.

Tu je kot yang nak cerita buat masa ni. Kalau ada apa-apa info pasal VTS200 ni, insyaAllah saya akan tulis di sini.

 

 

Mengenai penulis

AzharZul

Seorang programmer web,mobile apps, dan mobile game. Pernah memenangi beberapa pertandingan pembangunan web/sistem diperingkat antarabangsa dan dalam negara. Pengedar dan usahawan Shaklee yang terlatih dan berdedikasi.

2 Komen

  • Assalamualaikum en.azhar. Sy berniat nk beli moto sym vts200 nie. Ada problem major x bila drive jauh2? Sy keje kat p.j. FC cmne ye?

    • Salam, stakat saya pakai setahun setengah ni, tak ada major problem. Jarak perjalanan saya sehari dalam 120km. Dah 2 kali tukar belt (setiap 12000km).

      Motor ni tayar dia kecik, jd tayar cepat botak. Kalau perjalanan mcm saya, saya slalu tukar tayar blkg 3 bln sekali.

      Minyak engin dan gear tukar setiap 3000km (setiap sebulan setengah)

Tinggalkan Komen