Salam dunia,
Aku mula daftar domain ‘azharzul.com’ ni pada 21 Nov 2007.
Pada masa tu, aku memang berniat untuk jadikan web ini sebagai jurnal bergambar… ianya bermula dengan hanya satu ilham dan aku terus membeli domain ini tanpa sebarang perancangan. Masa berlalu dengan begitu pantas. Bulan November ni genap la 4 tahun azharzul.com bertapak di alam maya bernama internet. Hari ini, azharzul.com adalah sebuah blog usang yang jarang diupdate. Coretannya bercampur-campur sekejap pasal , peribadi, sekejap pasal bisnes, sekejap pasal IT, sekejap BM, sekejap BI..
Seperti tuannya, blog ini telah hilang arah tuju. Hanya bersemangat pada awalnya sahaja. Tidak konsisten dan tidak menampilkan sesuatu yang boleh dibanggakan. Aku lebih selesa kalau aku katakan blog ini hanyalah untuk suka-suka.
Tambahan pula sekarang ramai yang menggunakan facebook dan twitter. Mungkin blog ini sudah semakin hilang fungsinya. Aku perku buat pembaharuan.
Recent Comments