Monolog : Aku tidak bersosial

Salam Dunia,

Sudah sekian lama aku tidak menulis atau bercakap tentang apa yang aku fikirkan dan apa yang lakukan.

Kebelakangan ini aku rasa seperti rutin harian ku sama sahaja. Bangun pagi, pergi kerja, balik kerja, meluangkan masa bersama keluarga. Hujung minggu pula aku akan bangun pagi, menolong isteri tercinta, bermain bersama anak dan keluar bersiar-siar. Orang-orang yang aku temui adalah orang yang sama. Iaitu isteri dan  anakku, rakan sekerja dan keluargaku.

Di tempat kerja pula, aku menghadap komputer sepanjang masa, dan jarang berbual menggunakan lisan. Selalunya kami menggunakan perantaraan komputer untuk berkomunikasi. Telingaku sering disumbatkan dengan ear-phone, mendengarkan lagu-lagu yang dimainkan samada dari radio atau pemain mp3. Kadang kala aku hilang kata-kata untuk bercakap bersama rakan-rakan sekerja. Aku rasa kosa kata ku semakin berkurangan. Pernah aku cuba untuk menceritakan sesuatu kepada rakan, tetapi tiada perkataan yang dapat keluar dari mulutku. Sehinggakan aku terpaksa membatalkan niat untuk bercerita.

Mungkin ini adalah masalah sosial ku. Aku kurang bersosial rupanye. Kurang bertemu muka dan berbual. Adakah sifat extrovert aku telah bertukar menjadi introvert? Aku harus lakukan sesuatu. Aku perlu bercakap.. ya.. bercakap menggunakan mulut…

Tetapi, kenapa aku menulis monolog ini di blog ini? Ada ke orang yang nak berinteraksi dengan aku di sini? Mungkin… :)

p/s: Terasa seperti berseorangan ditengah gurun.

One Response

  1. Sila lah mulakan langkah mengenali jiran anda bermula dari rumah sebelah ke 40 rumah seterusnya.. :) kompem meriah.. (ko cuba kalo best leh ak plak cube.. :P )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*