Kehidupan

Keselesaan dan Kestabilan [Saga FLX SE]

Ditulis oleh AzharZul

Salam dunia,

 

Kali ni aku nak tulis pasal Saga FLX SE. Aku dah guna kereta ni sebulan. Sebenarnye aku dah lama berkenan dengan Saga ni sejak Saga FL lagi. Tapi masa tu aku belum ada keperluan untuk menukar kereta. Tetapi beberapa bulan lepas, keadaan memaksa aku untuk mendapatkan sebuah kereta baru. Masa tu memang takde kereta lain la yang aku pikir, trus pikir Saga FLX. Masa tu ramai kawan-kawan aku sarankan Myvi berbanding Saga. Tapi aku tetap dengan pilih Saga.

Sebab-sebab aku pilih Saga

  • Aku perlukan sebuah sedan (bonet beso sket senang nk balik kampung)
  • Aku suka design Saga (terutamanya lampu depan dan belakang utk Saga FL/FLX)
  • Pemanduan lebih stabil (tak rasa mcm nk melayang kalu drive laju diselekoh)

Pada mulanya aku nak amik Saga FLX Executive je. Tapi lepas borak dengan abang aku, dia sarankan aku amik Saga FLX SE trus. Lepas kira-kira, betul jugak. Beza beberapa ringgit je pun bulan2.

Sebab-sebab aku pilih Saga FLX SE.

  • Nampak lebih sporty
  • Leather seat (anak muntah or air tumpah… senang nak lap)
  • Enjin 1.6 (lebih power… minyak pun lebih ler.. padan muke hahaha)
  • Sbb SE je ada kaler merah (nama pun Saga.. kena la kaler merah.. kan kan kan? hahaha)

Beberapa minggu sebelum aku pegi order kete ni, aku buat research pasal Saga FLX ni kat tenet dan tanya beberapa kawan aku yg pakai Saga. So.. aku mmg dah prepare dengan masalah2 yg common berlaku kat Saga FLX ni.

Common problem yg belaku kat Saga FLX aku

  • Bunyi agak bising kalau drive laju (kurang penebat bunyi) – Bagi aku, ini bukan masalah besar dan still acceptable
  • Brek blkg ada bunyi ‘tok tok tok’  time brek.. xde masalah dengan performance – Agak mengganggu perasaan jugak la. Tapi bleh settle dengan cara pegi SC, nanti dia tukar brek baru yg lebih ok. Masalah settle.
  • Disk-brek depan mengeluarkan sisa hitam time brek – Agak tension jugak nak2 plak time baru lepas cuci kereta, rim jd hitam. Tapi boleh settle dengan cara tukar disk-brek lain.. yg ni SC x cover. So tunggu smpai warranty kete aku expire, aku nk tukar disk-brek cap lain.. hehe. No problem lah…

Family aku pun selesa bila naik kereta ni. Ruang pemandu dan penumpang pun selesa. Enjin pun power, rilek je speeding kat highway.. Handling pun mantap… Stabil dan responsive.Kesimpulannya, Walaupun ada beberapa masalah yg mcm aku bgtau kat atas ni aku masih berpuas hati dengan kereta ni. Lagi pun apalah yg nk diharapkan sgt dengan kereta yg harga mcm ni. You get what you pay la… Tak boleh la bayar murah tapi nk expect kete tu hebat mcm kereta mahal kan? Hahaha…

Akhir kata, belilah barangan buatan Malaysia.

Mengenai penulis

AzharZul

Seorang programmer web,mobile apps, dan mobile game. Pernah memenangi beberapa pertandingan pembangunan web/sistem diperingkat antarabangsa dan dalam negara. Pengedar dan usahawan Shaklee yang terlatih dan berdedikasi.

18 Komen

  • Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

  • Wahhh… terbaik lah… Risau jugak saya dgn kereta proton ni… lepas baca blog encik … lega sikit hati…

  • Saya beli keta saga flx se 1.6 pd october 2013,sebulan beli dah problem,masterpump brek
    leaking,tanggal dan karat pada casis dalam area bwh pump tu,komplen dgn SC proton,dia tangguh 2 minggu part takde,keta kena guna dulu sementara tggu part,tp seminggu je dah takde brek,dan kemalangan,komplen dgn sc proton dorg tolong repair sume,dah 2minggu dtg nak amik keta,dah start nk blk cuba buka bonet enjin nk tgk hasil keje dr pakar sc,terkejut dgn paip power stering bergesel dgn belt yg berputar,nasib tgk sblm jalan blk,casis spray baru,bumper dpn spray baru,so dorg suh balik dulu next baru tkr paip power stering tu,dah ok lepas dalam 6-7bulan tetiba aircond tak sejuk,isi gas asyik hbs je,check kt sc,tp yg buat outside pomen dtg sc amik keta bw pegi bengkel dia,dan sy tggu kt sc,bl dtg semula ckp condenser paip aircond bocor sebab bergesel dgn paip power stereng yg aloi btl2 dpn kondenser antara bumper dpn,so dorg ckp sy ada langgar sesuatu dan tiada waranty,sy jawap bukan dulu sc yg wat claim kemalangan sy dan mesti benda tu kaitan,tk check ke masa pasang semula,tp sc bg alasan tk blh claim kondenser,nk kena byr rm1k++,tp lau wt dgn outsider pomen td dpt harga rm650 sbb memg tk blh repair lg mesti tkr baru,raya tu sy tk ada aircond sebulan,so sy tk wt sbb sc ckp bwh 1k blh claim,atas 1k memg susah.sy hntr tpt kwn repair paip tu rm200 je tanpa perlu tkr baru,ni dah tahun ke 2,sy alami bunyi brek bila mula keta bergerak..panjang berdesing bunyinye,hntr sc dorg ckp sabtu tk wt komplen,suh dtg hr biasa,tp dah 6 bulan tk dpt wat,nk ke sc mcm takot dah..ntah apa plak kos tanggung..keta tk smpai 3tahun pon tp dah tk bleh plak nak claim pelik..
    Tapi memang keta tetap power,standard condition bl dah bergerak laju..

Tinggalkan Komen