Kehidupan

Kemalangan dan Pengajaran

Salam dunia,

Semalam masa dalam perjalanan ke ofis, aku telah terlibat dalam satu kemalangan. Ianya memberikan satu pengajaran kepada diri aku dalam beberapa perkara. Dalam pos kali ni, aku akan kongsikan beberapa pengalaman aku.

Pemulaan
Aku keluar rumah macam biasa, dalam pukul 7:30pagi, cuaca hujan ketika itu. Macam biasa aku akan memandu Perodua Kancil untuk pergi kerja di Petaling Jaya. Bagaimanapun, kereta kancil aku buat hal lagi. Enjin tak boleh start. Maybe sebab hujan dan enjin sejuk dan kereta kancil aku mmg baterinya dah lemah.. (mungkin juga itu petanda awal sesuatu akan berlaku) maka pun tukarlah kereta dengan wife aku. Aku memandu Proton Savvy ke Petaling Jaya.

Pengajaran Pertama : Jangan ekori kereta hadapan terlalu dekat terutamanya ketika hujan

Cuaca hujan, jarak penglihatan adalah terhad. Trafik pun bergerak perlahan. Sampai2 je di tengah2 jambatan Kuala Langat, kereta Myvi warna putih depan aku brek secara mengejut. Jarak aku dengan Myvi di depan aku mmg cukup untuk aku memberhentikan kereta aku. Tetapi keadaan jalan pada ketika itu agak licin. Kereta aku bergelongsor rapat dengan kereta di hadapan tetapi masih selamat (Mungkin tersentuh jugak kot.. tapi tidak kuat). Tiba-tiba “Bang!” dentuman kuat aku terima dari arah belakang. Rupanya kereta belakang aku tidak sempat memberhentikan kereta kerana laju dan secara automatik kereta aku pun menghentam kereta kat depan.

Alhamdulillah aku tak cedera apa2. Cuma terkejut je.Kereta kat depan aku mcm rileks je walaupun kemek… jalan depan sikit then dia berhenti check kereta dia then teruskan perjalanan. Aku tak sempat ambik nombor plat kereta dia. Kereta aku tak boleh bergerak. Kereta belakang pun sama. Aku keluar dan jenguk pemandu belakang. Ada seorang kakak bersama 2 orang anaknya dalam keadaan masih terkejut. Aku buka pintu kakak tu dan tanya keadaan diorang ok ke tak. Alhamdulillah semua OK. Cuma kakak tu masih lagi terkejut dan pening. Kebetulan polis trafik lalu dan terus berhenti dan mengawal trafik.

Sejurus selepas kemalangan 2

 

Sejurus selepas kemalangan 1

Sejurus selepas kemalangan 3 (Kereta belakang)

Pengajaran Kedua : Simpan nombor2 kecemasan dalam handphone/kereta

Mula2 aku call wife dan parent aku. Kemudian maklumkan ofis aku yg aku accident dan akan amik cuti. Kemudian aku nk call tow truck.. tapi xde nombor. Puas aku call sana, call sini tanya kawan2 ada tak nombor telefon tow truck area Banting. Selepas 15 minit. Polis trafik tadi tanya aku dah dapat call tow truck blum. Aku ckp blum, then polis tu bagi satu nombor workshop area Banting. Aku call workshop tu dan minta dia hantar tow truck. Aku tanya kakak tu dia dah call tow truck blum, dia kata dia call suami dia je.. dia tunggu suami dia dtg… dia kata dia masih fobia (sbb baru je 3 bulan lepas kereta dia accident kat area yg sama.) Tiba2 ada satu kereta lain berhenti di kawasan kemalangan. Rupanya org bengkel. Tapi bukan bengkel yg aku call tadi. Dia offer tow truck kat aku sambil menghulurkan kad bisnes dia. Aku ckp tak mau sbb aku dah call tow truck lain. So dia offer kat kakak tu.. (masa tu suami dia dah sampai naik moto dan amik anak2 dia hantar pergi sekolah dulu).

Masa tu polis trafik dah jeling kat aku bg isyarat geleng2… Aku tak paham kenapa polis geleng kepala. Masa tu jalan pekan Banting dah sesak giler. Nak2 pulak kitorang accident atas jambatan.. lagi la sesak.. sib baek jambatan ada 2 lane. Tak lama lepas tu tow truck datang (yg aku call td) So kereta aku di tarik ke balai. Tak lama lepas tu kereta kakak tu pun sampai di balai jugak dengan tow truck lain. Masa menunggu tu polis sempat bgtau, jgn amik tow truck yg org bengkel tadi. Dia suruh aku tgk kad bisnes yg org bengkel tu bagi dan tgk alamat dia. Aku tgk sebelah depan tulis Banting, sebelah belakang tulis Mantin, Seremban, Nilai dan Senawang. Makaih…. jauh nya. Rupanya org tu takde bengkel pun.. dia hanya org tgh yg tolong cari kereta accident dan kemudian hantar ke bengkel jauh2. Nasib baek aku tak terima offer dia tadi. Polis tu ckp sbb tu kalau boleh jgn ambil tow truck sebarangan. Kalau boleh biarlah bengkel yg tarik kereta kita tu bengkel yg kita kenali.

Pengajaran Ketiga : Kenali bahagian-bahagian kereta anda. Kalau tak, nanti pakcik polis marah.. hehe

So kitorang buat la report. Kat balai, wife aku datang bersama kawan kitorang, Fidz. Then parent aku pun sampai dari Putrajaya. Kitorang sempat berbual2 dengan suami kakak tu n kakak tu. Nasib baik takde apa2 peselisihan faham dan aku pun takde nak marah2 (dan aku bukan jenis suka marah..). Mungkin ini adalah ujian dari Allah untuk kami. Kemudian kes kami di ambil oleh pegawai untuk siasatan. Aku tak dikenakan kompaun kerana tidak bersalah. Tapi kakak tu kena kompaun dan kena potong merit. Masa rakam keterangan tu pegawai tu tanya apa jenis kerosakan, aku sebut la bonet, bumper, lampu, mud guard, bla bla… then keluar pegi ambil gambar kereta. Skali masa nk ambil gambar kereta aku… Pegawai tu marah.. ni mud guard xde apa2 pun.. haha.. aku gelak sambil tunjuk kepingan getah kat bumper kereta yang tercabut. Dia kata ini bukan mud guard… haha.. Sib baek org bengkel (yang aku call tu) dan sampai di balai masa tu… dia la cover aku ckp aku bukan org bengkel mana tau apa yang rosak.. haha pastu kitorang gelak ramai2.

So.. itulah sedikit sebanyak pengalaman aku accident. Harap2 ini adalah kali pertama dan terakhir aku accident. Bersyukur tiada kecederaan dan kemalangan jiwa. So… berhati2 la ketika memandu. Pastikan jarak selamat kenderaan anda!

Di bengkel 1

Di bengkel 2

Di bengkel 3

 

 

 

Mengenai penulis

AzharZul

Seorang programmer web,mobile apps, dan mobile game. Pernah memenangi beberapa pertandingan pembangunan web/sistem diperingkat antarabangsa dan dalam negara. Pengedar dan usahawan Shaklee yang terlatih dan berdedikasi.

3 Komen

Tinggalkan Komen