Bisnes Printing dari Rumah

Salam dunia,

Pos kali ini saya tulis bagi menjawab pertanyaan rakan saya, Zai. Dia ingin menjalankan bisnes membuat bisnes kad, poster dan risalah dari rumah secara separuh masa. Dia juga sama seperti saya berkerja dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Jadi dia tiada masa untuk pergi ke kedai cetak untuk menghantar artwork dan mengambil barang yang sudah siap dicetak.

Contoh hasil cetakan: Kad bisnes, Brochure, Poster, Menu Restoran dan Risalah.

Berdasarkan pengalaman saya, saya menggunakan perkhidmatan online printing dan drop shipping EXCARD. Ia adalah syarikat online printing yang berpusat di Sungai Petani, Kedah. Saya hanya perlu menyiapkan artwork di rumah kemudian hantarkan artwork tersebut ke dalam sistem yang disediakan secara online.

Saya diberikan satu akaun yang mana saya hanya perlu top-up (masukkan wang) ke dalam akaun tersebut. Harga setiap item yang dipesan untuk dicetak akan di tolak daripada akaun ini. Harga kos cetakkan yang mereka tawarkan sangat murah dan berpatutan. Kualiti printing juga amat memuaskan dan mengikut piawaian yang diiktiraf. Mereka akan menyemak setiap artwork yang dihantar samada menepati piawaian kualiti yang tetapkan atau tidak. Sekiranya tiada masalah, mereka akan mulakan proses mencetak.

Satu perkara yang saya paling suka adalah mereka juga menyediakan perkhidmatan drop shipping. Ini bermakna barang yang sudah siap dicetak boleh dihantar terus kepada pelanggan saya secara PERCUMA. Saya tidak perlu lagi mengambil barang yang dicetak kemudian menghantarnya pula kepada pelanggan saya. Tiada bil atau invois disertakan bersama barang yang dihantar kerana semua invois telah disediakan secara online. Ini bermakna pelanggan saya tidak tahu berapakah harga kos barang dan dari mana ia dihantar. (jadi saya boleh mengawal harga mengikut kesesuaian saya).

Saya diberi tracking number untuk menjejak proses penghantaran kepada pelanggan. Setakat ini saya tidak menghadapi sebarang masalah dengan perkhidmatan yang diberikan dan berpuas hati dengan hasil kerja yang EXCARD. Barang yang dihantar juga sampai tepat pada masa yang dijanjikan.

22 Responses

  1. salam saudara,

    excard pny minimum order quantity nya tinggi x? i.e. min flyers print 1000 pieces ke … ke blh as low as 500 or 200 keping shj?

    • Salam,
      Excard boleh print utk kuantiti sikit. Contoh flyer dia boleh buat serendah 10 keping (digital offset).. atau 250 keping (littho offset). Sesuai la kalau nk buat utk projek2 kecik.

  2. salam tuan,

    boleh terangkan secara terperinci pasal excard?
    currently sy sedang cari supplier yang harga bagus dan kualiti baik.

    • Salam,
      Saya pernah menggunakan 2 supplier untuk bisnes printing saya. Satu Excard dan satu lagi Xprint. Kedua-duanya menawarkan perkhidmatan printing secara online. Kita sediakan artwork… kemudian hantar secara online… Kemudian mereka akan hantar hasil printing kepada kita/customer secara percuma. Saya lebih prefer Excard sebab kualiti printingnya bagus dan semua arahan/panduan diberikan dengan jelas dan teratur. Malah hanya Excard menyediakan perkhidmatan drop-shipping.. Xprint takde (hanya boleh hantar ke alamat kita sahaja). Sepanjang 4 tahun saya menggunakan Excard, saya berpuas hati dengan perkhidmatan diorang. Harga Excard agak tinggi sedikit berbanding Xprint. Tapi perkhidmatan Excard jauh lebih baik. Dan harganya masih dibawah harga market untuk end-user.

  3. macam berbaloi je join ni…bagus gak ada dropshipping printing ni…lepas ni boleh la start up bisnes printing sendiri

    • Ya betul… saya pun mula buat business printing hanya selepas saya jumpa Excard. Sblm tu saya x buat sebab saya fikir agak leceh nk kena pegi hantar artwork ke supplier dan ambil brg dari supplier…. Tapi bila jumpa Excard… semuanya senang.

  4. Dari pengalaman tuan biasa berapa hari boleh siap ek?sbb berminat sgt ni nak join smbl buat income utk org lain,bleh jugak untuk dibuat untuk bisnes sendiri

    • ikut jenis dan produk, kuantiti dan jenis material.
      kalau bisnes kad tu… 2 hari..
      kalau poster tu 2-3 hari..
      angpau 4 hari..
      cam tu la lebih kurang. semua maklumat diberikan dalam website selepas kita login sbgi ahli. guideline artwork, harga, bila siap… semua diberikan secara jelas. dan pengharan diorang pun cepat. kalau ada apa2 masalah ke… email or call je diorang… diorang reply cepat.

  5. tuan,

    is it OK to u to send me a print screen of excard pricelist?sy dalam pertimbangan sama ada mahu register atau tidak.tq

    • Salam, sorry.. mengikut agreenebt dalam excard. Saya tidak dibenarkan untuk mendedahkan harga yg ditawarkan kepada umum. Hanya ahli yang telah mendaftar sahaja dibenarkan melihat senarai harga.

  6. Salam Tuan,

    Saya baru nak serious untuk freelance bisnes printing ni….nak tanya…member excard dibekalkan dengan template illustrator untuk saiz setiap product x?…selain tu…berapa anggaran margin untung bersih kalu guna excard ni? harap tuan dapat kongsi sikit maklumat untuk bantu saya buat keputusan…saya dah called excard…operator kurang fasih BM & BI…nak tanya banyak pun susah.

    • Salam.

      Ya, pihak Excard ada menyediakan template artwork bagi setiap produk dalam format AI dan CorelDraw. Margin keuntungan bergantung kepada produk dan harga yg kita tetapkan kepada pelanggan kita.

      Saya pernah menjual sampul duit hari raya dengan margin sehingga 50%. Manakala untuk bisnes kad kadang2 sehingga 90%. Apa2 pun kita digalakkan untuk membuat survey harga pasaran untuk setiap produk supaya kita dapat meletakkan harga yang kompetitif untuk produk tersebut.

      • 1st sekali saya ucapkan terima kasih sebab memperkenal EXCARD pada saya….saya dah mula serius buat freelance printing…nak tanya lagi pada orang lama macam Encik Azhar…ada tak vendor lain yang Encik Azhar guna??….sebab EXCARD tak print sticker….saya cuba search…tapi tiada yang setanding EXCARD dari segi servisnya…

        • Salam,
          SAma-sama diucapkan. Ya, setakat ini saya pun masih belum jumpa vendor yang sebagus Excard. Bagimanapun kita sebagai freelancer harus mempunyai beberapa vendor untuk memenuhi permintaan pasaran. Untuk sticker, saya gunakan service daripada Xprint. Tapi harus diingatkan Xprint tidak menawarkan servis drop-shipping. Produk hanya boleh dihantar kepada pemilik akaun (kita). Semoga bisnes berkembang maju :)

  7. terima kasih atas info tersebut…maybe join kot…insyallah…

  8. If i want 2 print angpow 4 raya with my own design, how about da pice for 500 pcs @ 1000 pcs????

  9. sy nk tny,klau xda pengalaman boleh join x.

  10. Salam. Zul. Nak tanya lah. Ada tak maklumat2 utk bisnes selain drp paper printing. Cthnya mcm T-shirt/Mug/Topi/Banner?

  11. Terima kasih diatas perkongsian ini. sy sgt berminat memulakan biz ini secepat mungkin.semuga anda Kaya dan Berjaya Dunia Akhirat.

  12. salam en.azhar… sy selalu guna khidmat excard ni. tp sy xpernah lagi guna littho offset. selama ni pakai digital sj. n skrg sy dpt projek besar yg memerlukan percetakan lebih dari 1000 keping. tapi sy keliru dgn littho offset ni. kat bahagian print color tu ada pilihan sama ada guna 1c/2c/4c. adakah itu bermakna hanya warna tertentu shaja yg sy boleh guna dlm design sy? dan ape tujuan SPOT COLOR & FRONT K tu? saya xfaham la… harap en.azhar boleh membantu…

  13. dah 7 taun guna excard..berbaloi dan bagus u sesapa wat biz printing…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*