Kehidupan

Auuww! Ketam Lembut?

Salam dunia,

Korang penah makan ketam lembut? Auww.. Hehe.. bukan lembut yg mcm tu. Tapi soft shell crab. Aku penah makan kat Sushi King dan beberapa kedai sushi yang lain.

Mula-mula aku rasa pelik, camna ketam ni boleh jd lembut? ketam ni xde kulit ke? Aku pun google la… skali aku jumpa la info pasal ketam lembut ni.

Untuk membesar, ketam akan bertukar kulit secara berkala. Seekor ketam dewasa akan bertukar kulit (cengkerang) lebih kurang sebulan sekali. Saiz kulit ketam yang baru adalah lebih kurang 1/3 (atau 33%) lebih besar daripada saiz asal. Jom tengok camna ketam tukar kulit.

Mula2, dia berusaha keluar dari kulit lama (iyah~ iyah~)

busting1_large busting3_large busting4_large

Lepas tu dia akan membesarkan badan sebanyak 1/3 dari saiz asal. Masa ni kulit ketam ni masih lembut.

busting5_large busting6_large

Sebelum kulit baru terbentuk dan mengeras, ketam ini berada dalam keadaan yang lemah. Pada masa ni la ketam ni di ambil dan dimasukkan ke dalam peti sebelum di”tidur”kan untuk selama-lamanya.

Amacam? Ada brani?

Orang Jepun panggil ketam = Kani

Mengenai penulis

AzharZul

Seorang programmer web,mobile apps, dan mobile game. Pernah memenangi beberapa pertandingan pembangunan web/sistem diperingkat antarabangsa dan dalam negara. Pengedar dan usahawan Shaklee yang terlatih dan berdedikasi.

8 Komen

  • Oiitt pakcik azhar, sila tunjukkan gambar makanan yang hang makan tu… stakat gambar ketam lum masak, x cukup mengiurkan… lalala~~~

    • bukan nk suruh terliur… nk suh kenal camna ketam lembut boleh terhasil… kalu nk terliur, belikan satu utk Aaron, pastu suh dia makan depan ko… ko tgk je dah la… hehe

  • kalau kat kl ni mana yer nak cari tempat makan yang ader ketam lembut ni… tengok kat majalah 3 hari tu mcam sedap jer… nak g kuala gula perak tu macam jauh jer….

    • Salam,
      Saya pernah makan ketam lembut di Sushi King, Shikiya @ LowYat. Tempat lain tak penah makan.. tapi ada pernah tgk dekat beberapa hotel tapi x ingat kat mana. kalau nk beli yang mentah… saya pun tak penah jumpa… kalau ada sapa2 yg penah jumpa ketam lembut mentah.. boleh la kongsikan..

  • saya dh try ketam lembut ni ….sedap senang bleh makan kesemua nya………manis…yum….yum…..

Tinggalkan Komen