Android Gadget

Android Pertamaku

Salam dunia.

Dah lama rasanya aku x update blog ni. Aku agak sibuk dengan keje2 kat ofis dan freelance.

Jumaat lepas aku telah diberi sebijik Android Tablet. Bukanlah yang branded pun… cap ayam je. Made in China. Made in China pun ada byk jenis tau, yg aku dapat ni yg low-end punye.

Aku diberi tablet ni untuk tujuan development dan testing. Dalam masa yang sama aku boleh menjahanamkan tablet ni. Hahaha.

Kalau korang baca pos aku awal tahun ni, aku ada cakap salah satu azam aku adalah nk explore dan develop mobile application. So sekarang ni adalah masa yang sesuai untuk aku mulakan azam tu. Mula2 skali aku kena dapatkan Android SDK. Nak dapatkannya aku kena bayar registration fee 25USD. Takpe. Yg tu akan ada org uruskan untuk aku.

Lepas tu aku kena study pasal Android OS dan coding dia. Tapi tu step untuk pertengahan Julai. Untuk sekarang ni, aku hanya perlu biasakan diri dengan Android OS.

Pos ni aku tulis melalui Android Tablet ni. Bawah ni beberapa screenshot application WordPress untuk Android. Nanti aku update lagi pasal ‘toy’ baru aku ni ek, hehehe.

**Pembetulan: SDK tak kena bayar. SDK Free je… yg kena bayar tu kalau kita nk publish application kita kat Android Market.


Mengenai penulis

AzharZul

Seorang programmer web,mobile apps, dan mobile game. Pernah memenangi beberapa pertandingan pembangunan web/sistem diperingkat antarabangsa dan dalam negara. Pengedar dan usahawan Shaklee yang terlatih dan berdedikasi.

Tinggalkan Komen