Kehidupan

Ahli Baru, Rezeki Baru

Salam dunia,

Dah lama saya tidak menulis di dalam blog ni. Sekarang saya sedang berada di kampung. Menikmati suasana kampung yang aman dan jauh daripada kesibukan kota.

Oh, lupa nak bagitau, isteri saya telah selamat melahirkan anak perempuan kami pada 13 April yang lalu. Sudah hampir 2 bulan anak kami menyerikan hidup kami.

Saya sebenarnya sedang dalam proses peralihan kerjaya. Saya telah meletakkan jawatan di tempat kerja lama saya setelah mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat IT lain.

Alhamdulillah, mungkin ini rezeki kami setelah menerima ahli baru dalam keluarga. Saya harap selepas ini saya akan mempunyai masa untuk mengemaskini blog ini. Sehingga berjumpa lagi di pos yang akan datang.

Wassalam.

Mengenai penulis

AzharZul

Seorang programmer web,mobile apps, dan mobile game. Pernah memenangi beberapa pertandingan pembangunan web/sistem diperingkat antarabangsa dan dalam negara. Pengedar dan usahawan Shaklee yang terlatih dan berdedikasi.

1 Komen

Tinggalkan Komen